Monday 30 January 2012

ermm... ingat kembali pengalaman mengenali internet..

Pengalaman Pertama Mengenali Internet




Assalammualaikum.. dan salam sejahtera..

Internet merupakan satu jaringan komputer yang menghubungkan antara media elektronik yang seiring dengan dunia semasa Hal ini kerana internet merupakan salah satu media yang digunakan secara meluas pada zaman kini. Jika ingin diceritakan kembali pertama sekali saya mengenali dunia internet ini amat menyeronokkan..Seingat saya pengalaman pertama saya mengenali bidang IT adalah semasa berada di tahun 4 sekolah rendah. Maklumlah masa tu tahap 2 aje yang dibenarkan masuk ke dalam makmal ICT. Semasa kelas ICT dijalankan itu la pertama sekali saya mengenali dunia ICT ini. Bayangkanlah keadaan kana2 bila pertama kali dapat menggunakan komputer. seingat saya semasa itu saya hanya tahu menaip karangan yang hanya diberikan oleh guru yang bertugas semasa itu. Hal ini adalah kerana bagi memudahkan disamping melancarkan lagi tahap kelajuan menaip sesuatu perkataan. Sebagai contohnya menaip karangan pendek seperti ini…Memang riuh kelas dibuatnya.. Mana taknya.. masing – masing tak pandai nak mengendalikan komputer masa ini..


Selepas menaip beberapa baris ayat, seingat saya..saya ditugaskan untuk mencari gambar untuk diselitkan sekali dalam karangan yang diberikan itu tadi. Masa itu semua masing2 tercenggang- cenggang.. Yelah nak cari kat mana pun tak tahu.. Cikgu pun memberitahu kelas supaya mencari gambar-gambar yang berkaitan di dalam internet. Kalau semua nak tahu internet pertama sekali yang pernah saya kunjung ialah internet Explorer.









Hmm… dah dapat buka dekat internet explorer tunggu apa lagi..kita orang  semua taip jelah nak cari gambar apa.. pastu klik.. tiba2 naik jer yang x berkenaan. maklum la tak berapa pandai lagi masa tu.. hihi.. tetapi itu dulu.. sekarang internet amat berfungsi buat saya. Hal ini kerana sumber daripada internet yang dapat membantu saya dalam menyelesaikan tugasan - tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Sebagai contohnya mencari sumber rujukan dan sebagainya. Selain itu dari internet juga dapat mengajar saya dalam mencari sumber rujukan dengan senang, cepat dan mudah. Disamping itu juga, internet juga dapat membantu saya daripada tidak terus ketinggalan dalam arus kemodenan dan lagi berteknologi tinggi. Hal ini kerana, melalui internet juga saya dapat menggunakannya dalam berhubung dengan rakan – rakan melalui facebook, yahoo messenger dan sebagainya. Dari sini dapat saya nyatakan bermain dengan internet terdapat kelebihan serta kekurangannya..namun sekiranya jika kita pandai memanfaatkan teknologi ini dengan sebaiknya..insyaAllah benda ini mendatangkan faedah kepada kita juga. J

Pengenalan Internet

Komputer-komputer dalam Internet ini berhubung antara satu sama lain menggunakan satu bahasa piawai atau protokol yang dinamakan TCP/IP (singkatan dari 'Transmission Control  Protocol/Internetworking Protocol'). Ia merupa satu persetujuan cara pesanan atau maklumat dihantar dan diterima supaya semua dapat memahaminya dengan pengertian yang sama.Setiap komputer dalam Internet mempunyai alamat masing-masing yang unik yang dinamakan alamat IP. Rangkaian JARING di Malaysia mempunyai alamat bermula dengan 161,142.*.*  dalam bentuk w.x.y.z dimana setiapnya nombor tertinggi adalah 255. Alamat pelayan mel kita ialah 161.142.76.3 yang mana hanya satu sahaja komputer dari berjuta yang mempunyai alamat demikian. Walaupun komputer berkomunikasi menggunakan alamat ini, ia adalah agak sukar untuk diingati oleh manusia. Lagi pun alamat ini bergantung kepada rangkaian fizikal komputer dan berkemungkinan akan berubah. Contohnya dulu pelayan mel kita pada alamat 161.142.76.1. Satu lagi jenis alamat yang lebih popular adalah alamat nama domain. Nama Domain Berkelayakan Penuh  (atau 'Fully qualified domain name FQDN') untuk pelayan mel di USMKCK adalah kb.usm.my, juga merupakan nama unik seantaro dunia. Nama domain my adalah dikhaskan untuk Malaysia dan dikendalikan oleh MIMOS, sementara USM dikhaskan untuk USM oleh MIMOS. Komputer-komputer dalam rangkain dihubungkan menggunakan 'router', 'bridge', 'hub', 'modem' dan beberapa lagi perkakasan rangkaian. Router pada  masa ini merupakan perkakasan terpenting yang mengetahui alamat-alamat IP rangkaian dan menghantar mesej-mesej ke rangkaian yang betul walaupun terpaksa melalui berpuluh router lain. 


Didalam Internet anda pasti boleh mendapatkan sekurang-kurangnya satu kumpulan yang anda dapat berkongsi maklumat atau minat.Terdapat ribuan kumpulan berita dimana pelanggannya berhubung. Disini anda boleh mengeluarkan pendapat anda berkaitan apa saja. Sebahagian dari kecil dari kumpulan ini beritanya ditapis oleh pentadbirnya. Setiap kumpulan selalunya mempunyai FAQ ('Frequently Asked Question') yang ditadbir oleh ahli kumpulan supaya menjadi bimbingan kepada ahli baru semoga tidak bertanya soalan yang sudah sering disoal dan sudah pun berjawab. Maklumat atau soalan ini dikongsi bersama dengan cara setiap pelayan mempunyai pelayan sumber yang menghantarkan maklumat kepadanya dan ia pula akan menghantar maklumat itu kebeberapa pelayan lain berlanggan dengannaya. Anda membaca berita menggunakan pembaca berita. Mesej ini disusun dimana anda dapat melihat aturannya iaitu mesej mana menjawab mesej yang mana iaitu 'threaded'. Anda boleh memilih untuk menghantar mesej kepada kumpulan berita atau  secara peribadi kepada penulis mesej. Perkhidmatan ini sama seperti kita menulis kepada satu ruangan "letters to editor" yang tidak bertapis dan semua yang berminat dalam kolum itu boleh membacanya. Cara menghantar mesej adalah serupa dengan menghantar e-mel dan boleh menggunakan perisian yang sama. Kebanyakan tempat mempunyai kumpulan diskusi tempatan yang mana mesej dari kumpulan itu tidak dihantar keluar. USMKCK juga mempunyai pelayan kumpulan berita pada alamat news.kck.usmnet atau 10.5.10.10. Anda boleh menggunakan perisian Netscape dan mencatitkan alamat ini semasa membuat konfigurasi pelayan berita. 








Kelebihan 


1. Maklumat 


Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya. 


2. Alat komunikasi 



Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing….hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. 


3. Jimatkan Kos dan Masa 



Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu lagi travel ke merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa. 


4. Berita Terkini 



Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia. 



5. Pengiklanan 


Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan. 


6. Hiburan 


Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan games yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya. 


7. Pendidikan Secara Atas Talian 


Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di perolehi secara atas talian. 


8. Servis Perkhidmatan 


Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa. 


Keburukan 

1. Ketidaktepatan maklumat 


Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut. 


2. Virus/Malware/Worm/Trojan 


Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer malah akan menganggu performance komputer dan juga network. 


3. Bahan-bahan yang tidak bermoral 


Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak mereka.


4. Isu Keselamatan 


Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam server2 yang menyimpan data-data kita? Server-server yang mudah di hack oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server, network harus lah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 


5. Pembaziran masa 


Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka. 


Rujukan : http://alyadina.blogspot.com/2010/08/kebaikan-dan-keburukan-internet.html





Friday 13 January 2012

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Teknologi Multimedia dalam 
Pendidikan 




Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik,

audio, video dan animasi. Selain dari itu, interaktiviti juga merupakan sebahagian

daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi interaktif

menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini mempunyai peranannya yang

tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan informasi yang lebih menarik dan

berkesan. Berikut merupakan penerangan ringkas peranan serta ciri utama setiap

teknologi tersebut dan hubungannya dengan dunia pendidikan era digital.

Teks


Memandangkan penggunaan teks dalam suatu proses komunikasi maklumat telah

lama wujud, ianya sering kali dianggap sebagai satu media tradisi. Namun demikian,

penggunaan teks dalam satu sistem multimedia sememangnya merupakan sesuatu

yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Walaupun terdapat pelbagai elemen

media yang bersifat lebih menarik dan dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai

salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat.

Teks secara amnya merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk

satu makna yang boleh difahami atau membawa pengertian yang tertentu. Teks

juga merujuk kepada semua jenis simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai

jenis tulisan dan fon yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa

dahulu dan juga masa kini.


Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang

penting dalam menyalurkan sesuatu informasi kepada pengguna. Ianya amat

penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada

pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin gagal

menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki. Penggunaan teks juga akan

menjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-elemen multimedia

yang lain dan gabungan penggunaan media ini menjanjikan penyampaian

maklumat yang lebih menarik, tepat dan menyeluruh. 


Panduan Menggunakan Teks di dalam Aplikasi Multimedia atau Laman Web Pendidikan

• Walaupun teks merupakan antara sumber yang terbaik bagi menyampaikan

sesuatu maklumat, kadang kala ianya gagal untuk menyebarkan sesuatu

maklumat dengan kadar yang pantas. Contohnya, sekiranya seseorang hanya

diberi masa selama 3 saat bagi menarik perhatian pengguna dalam sesuatu sesi

persembahan, teks agak sukar untuk menangani keadaan ini dengan berkesan.

• Berikut merupakan beberapa garis panduan dan perkara yang perlu diberi

perhatian semasa anda bekerja dengan teks di dalam pembangunan sesebuah

aplikasi multimedia.

• ringkas tetapi padat

• gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.

• pastikan teks tersebut boleh dibaca

• pemilihan stail tulisan dan juga warna teks yang bersesuaian

• kawal pemilihan fon serta konsisten

• pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain

Grafik

Grafik boleh merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang

tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan

sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi

memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan

grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas

dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual.


Grafik juga dikatakan mampu membantu dalam menerangkan sesuatu

maklumat dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya

mampu memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah

syarikat dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual sematamata. Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian

maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna terhadap

maklumat yang ingin disampaikan.


Panduan Menggunakan Grafik dalam Aplikasi Multimedia atau Laman Web Pendidikan

Apabila grafik digunakan di dalam sesuatu persembahan, tujuan utamanya ialah

bagi menyediakan satu persekitaran yang lebih cantik dan mampu menarik

perhatian pengguna. Selain dari itu, apa yang paling penting ialah grafik yang

digunakan mampu menyampaikan mesej atau maklumat dengan tepat dan tidak

mengelirukan. Walau bagaimanapun, penggunaan grafik yang tidak dirancang

dengan betul dan digunakan tanpa rasional yang bersesuaian biasanya hanya

mengundang masalah yang berlarutan.

Berikut merupakan sebahagian dari garis panduan serta perkara yang perlu

diberi perhatian semasa bekerja dengan grafik di dalam pembangunan sesebuah

aplikasi multimedia atau laman web khususnya yang berkaitan dengan bidang

pendidikan :

• pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran

• pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama

• pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas

• pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi

• gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem

berkeupayaan rendah

Audio


Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang berkesan

untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh

merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas

audio dan sebagainya.

Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan

bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan

berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan

para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian

maklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan

suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap

apa yang ingin dipersembahkan.


Panduan Menggunakan Audio dalam Aplikasi Multimedia atau Laman Web Pendidikan 


Walau pun penggunaan audio di dalam sesebuah aplikasi atau persembahan

multimedia mempunyai pelbagai kelebihan, penggunaannya perlu dirancang

dengan teliti serta dikawal penggunaanya. Ini adalah kerana tanpa perancangan

yang teliti serta apabila ianya digunakan ditempat yang tidak sesuai atau pun

digunakan secara keterlaluan mampu mencacatkan keseluruhan persembahan.

Berikutnya merupakan beberapa panduan asas bagaimana audio dapat

digunakan dengan berkesan di dalam sesebuah aplikasi multimedia :

• Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isi kandungan

aplikasi atau program.

• Audio hanya digunakan sekira ianya diperlukan atau pun terdapat rasional

mengapa ianya digunakan.

• Sekiranya audio digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan

terhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawal ketinggian

audio, memberhentikan audio dan sebagainya.

• Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan audio yang sama di dalam

sesebuah aplikasi bagi mengelakkan kebosanan. Sebagai contoh, pelajar

mungkin akan merasa kagum atau seronok apabila mendengar kesan audio

yang tertentu apabila mereka bergerak dari satu skrin ke satu skrin yang baru.

Namun demikian mereka pastinya akan mula merasa bosan apabila kesan audio

yang sama terus digunakan berulang-ulang setiap kali mereka memasuki skrin

baru.

• Gunakan saiz sampel atau kadar sampel yang tidak terlalu tinggi bagi tujuan

rakaman atau semasa menyimpan fail audio. Selain dari mengurangkan saiz fail

audio, kualiti audio yang terhasil juga sudah memadai bagi digunakan di dalam

sesebuah aplikasi multimedia.

• Elakkan daripada menggunakan audio sekiranya ia didapati boleh

mengganggu persembahan.


Video

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan

juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Ianya juga dikatakan

merupakan gabungan pelbagai media (seperti teks, grafik, audio dan sebagainya)

di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam proses

penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang

terhadap proses penerimaan maklumat. Selain dari itu, video juga mampu

membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara

tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya

dengan lebih nyata. 


Penggunaan Video Digital dalam Pendidikan 


Penggunaan video sememangnya menjanjikan pelbagai kelebihan sama ada

apabila ianya digunakan secara sendirian apatah lagi apabila diintegrasikan

bersama di dalam sesebuah aplikasi multimedia atau laman web pendidikan.

Berikutnya merupakan sebahagian daripada kelebihan penggunaan video di dalam

aplikasi multimedia pendidikan dan juga seterusnya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Maklumat Lebih Realistik

Seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini, video mampu

mempersembahan sesuatu mesej dalam keadaan yang realistik atau menyerupai

keadaan yang sebenar. Ini membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan

seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

Mampu Merangsang Pelbagai Deria

Video juga merupakan satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media yang lain

(seperti audio, grafik dan sebagainya). Ini secara tidak langsung mampu

meningkatkan lagi keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej kerana media

yang bersifat dinamik serta mempunyai jalinan pelbagai media mampu merangsang

pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan.

Memudahkan Proses Pengulangan

Menerusi penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara

berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh, penerangan

mengenai sesuatu proses kerja di makmal boleh dirakamkan dan kemudiannya

dipaparkan kembali kepada pelajar bila-bila masa yang diperlukan. Pelajar juga

boleh menonton klip video tersebut bagi membentuk kefahaman yang lebih

mendalam apabila diperlukan.

Meningkatkan Keberkesanan Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Video sebagai media penyampaian ilmu mampu menjadikan sesuatu proses

pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini boleh

mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar. Pelajar juga boleh belajar

sama ada secara individu atau berkumpulan tanpa memerlukan tenaga pengajar

disamping mereka sepanjang masa.

Mampu Meraih Emosi dan Mengubah Sikap

Paparan atau persembahan video yang lebih hidup dan realistik mampu meraih

emosi seseorang dengan lebih mudah berbanding penggunaan imej atau media

lain yang statik sifatnya. Sebagai contoh, dalam proses menyampaikan mesej

mengenai bahaya peperangan, paparan video yang memaparkan keadaan

mangsa perang dengan mudahnya mampu memberi kesan kepada emosi

penonton dan seterusnya mengusik jiwa dan perasaan mereka. Ini secara tidak

langsung boleh mengubah sikap seseorang dengan lebih mudah dan pantas.

Menyediakan Kuasa Kawalan Kepada Pelajar

Walaupun sifat asas sesuatu klip video digital adalah dinamik tetapi ianya mampu

dikawal menerusi kemudahan yang disediakan oleh teknologi perisian. Para pelajar

boleh memainkan video, memberhentikan seketika atau mengulang kembali klip-klip

video digital yang disediakan mengikut keperluan dan tahap kemahiran masingmasing. Ini secara tidak langsung membolehkan sesuatu proses pembelajaran

dilakukan mengikut keperluan dan tahap penerimaan pelajar dan bukannya

mengikut keperluan tenaga pengajar semata-mata.

Membentuk Kemahiran dengan Lebih Pantas dan Berkesan

Dalam mempelajari sesuatu kemahiran fizikal seperti kemahiran menggunakan

perisian komputer, kemahiran melakukan ujikaji, kemahiran mengendalikan

peralatan dan sebagainya, demonstrasi atau tunjuk ajar secara langsung amat

diperlukan. Ini bagi membantu proses membina kefahaman dan seterusnya

membentuk kemahiran seperti mana yang diperlukan. Video digital boleh digunakan

bagi membantu dalam proses membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan

berkesan. Pelajar boleh menonton serta mengawal perjalanan video mengikut

keperluan dan tahap kefahaman masing-masing.

Menjimatkan Masa, Tenaga dan Perbelanjaan

Proses penyediaan elemen video digital biasanya memerlukan perkakasan atau

perisian khas yang agak mahal harganya. Namun demikian dari segi jangka

panjang, ianya merupakan satu pelaburan yang bijak kerana ianya mampu

menjimatkan sama ada dari aspek masa, tenaga dan juga kos perbelanjaan. Masa

persediaan bahan bantu pengajaran dalam tempoh masa panjang misalnya boleh

diringkaskan kerana klip-klip video yang berkaitan dengan keperluan telah

disediakan lebih awal. Proses pengajaran di dalam kelas juga boleh menjadi lebih

pantas dan mudah menerusi penggunaan video digital yang ditayangkan.

Penerangan yang panjang lebar serta sesi demonstrasi yang meleret-leret juga tidak

diperlukan lagi. Ini adalah kerana proses penerangan menerusi video yang

menggabungkan elemen-elemen seperti imej, muzik dan suara latar mampu

memberi penjelasan yang lebih jelas kepada para pelajar.

Animasi

Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ianya juga

merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau

memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik.

Animasi merupakan antara elemen multimedia yang paling diminati serta

mendapat perhatian ramai kerana ianya mampu menzahirkan sesuatu fantasi

manusia ke alam realiti. Ianya juga membolehkan sesuatu yang agak sukar untuk

diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan

dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi dalam sesuatu

persembahan maklumat juga dapat menceriakan proses penyampaiannya. Ia juga

membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup

atau realistik berbanding penggunaan teks semata-mata. Di samping itu, animasi

juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi

membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang

ingin disampaikan.

Kepentingan Animasi dalam Pendidikan

Ramai penyelidik mengatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran akan

menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak formal.

Elemen-elemen yang menghibur atau menggembirakan juga perlu diselitkan di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan kesan yang lebih

positif.

Animasi digital merupakan salah satu media komunikasi yang boleh digunakan

bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang merangsang dan

menyeronokkan seperti mana yang telah dicadangkan. Dalam menyelesaikan suatu

masalah matematik misalnya; adalah lebih menyeronokkan dengan adanya keratan

yang berwarna-warni serta berterbangan di skrin komputer daripada menggunakan 6

sehelai kertas putih yang statik sifatnya. Animasi yang menggambarkan pergerakan

planet di dalam sistem suria juga akan lebih digemari oleh para pelajar serta mampu

menerangkan konsep yang ingin disampaikan dengan lebih mudah berbanding

paparan imej planet-planet yang bersifat statik.

Animasi, seperti media-media lain mempunyai peranan yang tersendiri dalam

bidang pendidikan khususnya bagi membantu meningkatkan lagi kualiti pengajaran

dan pembelajaran. Berikut merupakan antara beberapa kepentingan atau

kelebihan animasi sekiranya digunakan dalam bidang pendidikan :

• Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual

dan juga dinamik. Ini membolehkan proses membuat hubungan atau

perkaitan mengenai suatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah

untuk dipetakan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam

proses pemahaman.

• Animasi digital mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah. Ianya juga

mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan lebih pantas berbanding

penggunaan media yang lain. Pelajar juga mampu memberi tumpuan yang

lebih lama kepada media yang bersifat dinamik berbanding media yang

bersifat statik.

• Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan

persekitaran pembelajaran secara maya. Ini terutamanya bagi menangani

keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh

disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.

• Sekiranya digunakan dengan berkesan, animasi mampu menawarkan satu

persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Ianya juga mampu

menarik perhatian, meningkatkan motivasi serta merangsang pemikiran

pelajar dengan lebih berkesan. Ini semuanya akan membantu dalam proses

mengurangkan beban kognitif pelajar dalam menerima sesuatu isi pelajaran

atau mesej yang ingin disampaikan oleh para pendidik.

• Persembahan secara visual dan dinamik yang disediakan oleh teknologi

animasi mampu memudahkan proses penerangan konsep atau pun

demonstrasi sesuatu kemahiran. Ianya membolehkan seseorang pelajar

memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat. Ini

secara tidak langsung mempercepatkan proses pemahaman serta

mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di

dalam ingatan.
Rujukan Asal 



Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003),  Multimedia dalam Pendidikan, PTS 
 Publications: Bentong 
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2000). “Pengenalan Kepada Multimedia”, Kuala 
 Lumpur : Venton Publishing. 
Untuk maklumat lanjut, layari laman web berikut  : http://www.jz-media.com


SUMBER : http://www.ctl.utm.my

Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.

Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.



DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pemerolehan, pemprosesan, penyimpanan dan penyebaran maklumat yang berasaskan gabungan teknologi komputer dan telekomunikasi

Istilah umum bagi bidang yang meliputi perkomputeran, perhubungan dan teknik mengendalikan maklumat

Sebarang bentuk teknologi, iaitu peralatan atau teknik, yang digunakan orang untuk mengendalikan maklumat



DEFINISI TEKNOLOGI


Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

DEFINISI MAKLUMAT


Maklumat atau informasi merupakan hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data yang dapt menambah pengetahuan kepada penerima maklumat.

Secara ringkas, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan.


DEFINISI KOMUNIKASI


Komunikasi ialah sejenis proses permindahan maklumat melalui sistem simbol yang sama. Komunikasi juga salah satu disiplin akademik.

Definasi komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain".


Rujukan :