Tuesday 14 February 2012

Apa itu Internet 
Internet adalah gabungan  rangkaian-rangkaian komputer di seluruh dunia. Ia merupakan rangkaian terbesar didunia dan saiznya masih lagi berkembang. Bagaimanapun komputer-komputer yang dimaksudkan tadi cuma merupakan  sebahagian sahaja dari takrifan konsep Internet, kerana apabila kita memperkatakan tentang Internet kita maksudkan juga kandungannya yang meliputi maklumat, masyarakatnya dan juga perisian yang digunakan. 
Bagaimana Internet Bermula 
Internet bermula pada tahun 1969 dari keperluan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang pada masa itu masih lagi terasa tidak selamat kerana perang dingin dengan blok Soviet. Mereka mahukan satu rangkaian komputer strategik tentera dimana komputer-komputer utama yang digunakan untuk tujuan penyelidikan dapat berhubung diantara satu sama lain walaupun sebahagian dari komputer ini mungkin dibom oleh musuh. Rangkaian terawal yang dinamakan ARPAnet ini menghubungkan empat lokasi iaitu Stanford University, UCLA, UC Santa Barbara dan University of Utah dimana keempat lokasi ini ditadbirkan secara nyah pusat ('decentralised'), iaitu tanpa ada penempatan utama yang mengawal penempatan lain. Rangkaian ini kemudian berkembang dengan banyak lagi universiti lain turut berhubung. Ini menjadi lebih rancak pada tahun 1987 apabila Yayasan Sains Kebangsaan Amerika membina rangkaiannya NFSnet yang juga menggunakan protokol yang sama dan dihubungkan dengan ARPAnet. NFSnet merupakan tulang belakang Internet sehingga diakhir-akhir ini barulah ia diambil alih oleh gabungan syarikat perdagangan. 
Siapa yang mengawal Internet 
Tiada siapa atau badan tertinggi yang bertugas menjaga operasi harian Internet. Setiap rangkaian yang berhubung dengan Internet hendaklah ditadbirkan sendiri oleh pentadbir rangkaian tempatan mengikut etika dan nilai masing-masing. Peraturan-peraturan atau penunjuk dibuat secara konsenses dimana mereka yang mempunyai buah fikiran menghantar idenya kepada badan yang mengumpul 'request for comment ' yang kemudian mendapat maklum balas dari individu atau kumpulan lain sehingga menjadi piawai. Walaupun ketiadaan penguasa pusat  beberapa pertubuhan yang dinamakan  Kumpulan Teknikal Internet yang cuba mengadakan struktur asas Internet tanpa mengenakan banyak kawalan. Antara badan-badan terlibat ialah IETF ('Internet Engineering Task Force') menyelaras operasi, pengurusan dan evolusi Internet. IRTF ('Internet Research Task Force') mengkaji masalah jangka panjang dan isu teknikal yang mungkin akan dihadapi dalam jangka masa 5 hingga 10 tahun. Badan utama dalam mengawasi IETF dn IRTF ialah IAB (Internet Architecture Board) yang antara lain mengkaji piawai Internet, mengurus penerbitan dokumen 'Request for Comment (RFC)' dan juga bertindak sebagai wakil masyarakat Internet di peringkat teknikal antarabangsa. Sebuah lagi badan sukarela yang memayongi badan-badan ini ialah 'Internet Society'. 
Bagaimana Internet Beroperasi 
Komputer-komputer dalam Internet ini berhubung antara satu sama lain menggunakan satu bahasa piawai atau protokol yang dinamakan TCP/IP (singkatan dari 'Transmission Control  Protocol/Internetworking Protocol'). Ia merupa satu persetujuan cara pesanan atau maklumat dihantar dan diterima supaya semua dapat memahaminya dengan pengertian yang sama.Setiap komputer dalam Internet mempunyai alamat masing-masing yang unik yang dinamakan alamat IP. Rangkaian JARING di Malaysia mempunyai alamat bermula dengan 161,142.*.*  dalam bentuk w.x.y.z dimana setiapnya nombor tertinggi adalah 255. Alamat pelayan mel kita ialah 161.142.76.3 yang mana hanya satu sahaja komputer dari berjuta yang mempunyai alamat demikian. Walaupun komputer berkomunikasi menggunakan alamat ini, ia adalah agak sukar untuk diingati oleh manusia. Lagi pun alamat ini bergantung kepada rangkaian fizikal komputer dan berkemungkinan akan berubah. Contohnya dulu pelayan mel kita pada alamat 161.142.76.1. Satu lagi jenis alamat yang lebih popular adalah alamat nama domain. Nama Domain Berkelayakan Penuh  (atau 'Fully qualified domain name FQDN') untuk pelayan mel di USMKCK adalah kb.usm.my, juga merupakan nama unik seantaro dunia. Nama domain my adalah dikhaskan untuk Malaysia dan dikendalikan oleh MIMOS, sementara USM dikhaskan untuk USM oleh MIMOS. Komputer-komputer dalam rangkain dihubungkan menggunakan 'router', 'bridge', 'hub', 'modem' dan beberapa lagi perkakasan rangkaian. Router pada  masa ini merupakan perkakasan terpenting yang mengetahui alamat-alamat IP rangkaian dan menghantar mesej-mesej ke rangkaian yang betul walaupun terpaksa melalui berpuluh router lain. 
Apakah maklumat yang ada dalam Internet 
Apa sahaja maklumat dikehendaki selalunya ada di Internet, cuma kita terpaksa mencarinya. Jika kita tidak dapat mencarinya, kita juga boleh bertanya pada kumpulan yang mempunyai minat yang sama. Bagaimana pun banyak juga maklumat yang mempunyai nilai komersial yang memerlukan bayaran atau terbuka kepada ahli sahaja. Buku-buku atau journal popular  tidak diletakkan secara digital dalam Internet. Ramai juga warga dunia terutama para akademik  yang berpegang kepada konsep  maklumat itu perlu ditatapi bersama. Mereka meletakkan makalah-makalah mereka dalam Internet untuk tatapan semua.  Bagi mereka yang merasa  banyak mendapat manafaat dari maklumat atau perisian percuma dari Internet selalunya akan cuba memaparkan maklumat  kepunyaan mereka  untuk dikongsi bersama. Bagaimanapun kita perlulah berhati-hati dalam menerima maklumat ini dan perlu juga menapis atau memilihnya kerana  kualitinya tidak terjamin dan kadangkala sengaja dipesongkan. 
Bagaimana ingin berhubung dengan Internet 
Untung berhubung dengan Internet anda memerlukan talian yang dihubungkan kepada node terdekat rangkaian yang sudah berhubung dengan Internet. Orang perseorangan memerlukan alat dinamakan modem yang dihubungkan pada komputer dan talian telefon serta berlanggan dengan penyedia perkhidmatan seperti JARING atau TMnet. Bagi mereka di pejabat selalunya berhubung melalui rangkaian setempat dan seterusnya dihubungkan melalui  talian data sewa ke node terdekat penyedia perkhidmatan. Komputer yang ingin dihubungkan kerangkaian setempat memerlukan kad rangkaian yang sesuai dan kabel yang disambung kepada hub. 
Apakah aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan dalam Internet 
  • Untuk berhubung antara individu dengan individu atau kumpulan - mel elektronik
Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda memerlukan akaun e-mail  dari penyedia perkhidmatan anda. Akaun ini  berasaskan pada pengenalani pengguna di pelayan berkenaan. Jika seorang yang mempunyai pengenalan awang di pelayan bernama kck.usm.my maka alamat e-mail pengguna berkenaan ialah awang@kck,usm.my. Alamat ini adalah unik dalam seluruh dunia. Mel ini dihantar dari satu pelayan kepelayan destinasi melalui host perantaraan seperti juga pengiriman surat biasa. Cara paling popular membaca mel adalah dengan menggunakan perisian pembaca mel yang akan berhubung dengan pelayan mel dan menarik mel-mel pengguna berkenaan ke pc yang digunakan sebelum dibaca. 
  • Untuk berhubung antara kumpulan berita atau diskusi (USENET)


Didalam Internet anda pasti boleh mendapatkan sekurang-kurangnya satu kumpulan yang anda dapat berkongsi maklumat atau minat.Terdapat ribuan kumpulan berita dimana pelanggannya berhubung. Disini anda boleh mengeluarkan pendapat anda berkaitan apa saja. Sebahagian dari kecil dari kumpulan ini beritanya ditapis oleh pentadbirnya. Setiap kumpulan selalunya mempunyai FAQ ('Frequently Asked Question') yang ditadbir oleh ahli kumpulan supaya menjadi bimbingan kepada ahli baru semoga tidak bertanya soalan yang sudah sering disoal dan sudah pun berjawab. Maklumat atau soalan ini dikongsi bersama dengan cara setiap pelayan mempunyai pelayan sumber yang menghantarkan maklumat kepadanya dan ia pula akan menghantar maklumat itu kebeberapa pelayan lain berlanggan dengannaya. Anda membaca berita menggunakan pembaca berita. Mesej ini disusun dimana anda dapat melihat aturannya iaitu mesej mana menjawab mesej yang mana iaitu 'threaded'. Anda boleh memilih untuk menghantar mesej kepada kumpulan berita atau  secara peribadi kepada penulis mesej. Perkhidmatan ini sama seperti kita menulis kepada satu ruangan "letters to editor" yang tidak bertapis dan semua yang berminat dalam kolum itu boleh membacanya. Cara menghantar mesej adalah serupa dengan menghantar e-mel dan boleh menggunakan perisian yang sama. Kebanyakan tempat mempunyai kumpulan diskusi tempatan yang mana mesej dari kumpulan itu tidak dihantar keluar. USMKCK juga mempunyai pelayan kumpulan berita pada alamat news.kck.usmnet atau 10.5.10.10. Anda boleh menggunakan perisian Netscape dan mencatitkan alamat ini semasa membuat konfigurasi pelayan berita. 
  • Berhubung dengan kumpulan menggunakan e-mail melalui listserv.
Selalunya terdapat juga kumpulan yang berhubung dengan e-mail dimana anda berlanggan dengan kumpulan listserv ini. Semua pelanggan menulis kepada pentadbir listserv dan sesiapa ingin mendapat mesej-mesej yang dihantar kepada pentadbir boleh menulis kepada pentadbir listserv (mailing list service) untuk berlanggan. Kebanyakan kumpulan berita USENET boleh juga di langgan secara listserv. Anda hanya menggunakan perisian e-mail untuk berhubung melalui listserv. Pastikan anda sentiasa membaca e-mail anda setiap hari kerana anda kan mendapat puluhan atau ratusan jika berlanggan dengan 'mailing list' popular dalam sehari. Jika anda bercuti dan tidak dapat membaca mel dicadangkan berhenti sementara berlanggan dan menyambungnya apabila pulang dari bercuti. Jika anda seorang yang sibuk dan masa luang tidak menentu dicadangkan anda membaca sahaja kumpulan berita dimana anda boleh membaca bila-bila anda suka. 
  • Menggunakan komputer ditempat lain- telnet
Jika anda mempunyai akaun pada komputer ditempat lain (remote), anda boleh menggunakan komputer menggunakan kemudahan telnet. Untuk menggunakan komputer ini anda akan diminta memperkanalkan diri dan memasukkan katalaluan. Terdapat juga komputer yang membenarkan pelawat atau orang yang tidak dikenali menggunakan komputer mereka secara terhad. Anda boleh mengguna kemudahan telnet untuk membaca mel anda dengan telnet ke pelayan mel anda dan memasukkan arah mail atau pine atau apa saja arahan yang membuka mel bagi hos itu.
  • Mendapatkan fail dari komputer remot- ftp
Didalam Internet terdapat ratusan ribu fail yang mengandungi maklumat atau perisian yang anda boleh dapatkan secara percuma baik untuk kegunaan tanpa had atau terhad. Untuk menggunakan kemudahan ini anda perlu perisian ftp ('file transfer program'). Anda perlu memberitahu nama komputer hos yang menyimpan fail dan juga direktorinya. Anda juga perlu memberikan pengenalan diri dan juga katalaluan untuk menggunakan kemudahan ini. Bagaimanapun kebanyakan hos menerima pengenalan 'anonymous' dan alamat e-mail sebagai password. Anda disebut sebagai 'download'  fail tesebut dari hos berkenaan. Anda juga jika dibenarkan membuat 'upload' fail anda untuk diletakkan di hos berkenaan untuk dikongsi dengan pengguna lain.
  • Berbual di Internet - IRC
Anda boleh mengadakan perbincangan dalam talian dengan secara menaip apa yang hendak disampaikan dengan kumpulan anda secara 'real-time' dengan menggunakan perisian chat atau Internet Relay Chat. Anda akan dapat melihat mesej-mesej yang ditaipkan oleh mereka yang mengambil bahagian dalam sesuatu bilik maya di ruang chat berkenaan. Perkhidmatan ini mempunya satu pelayan chat dan peserta berkomunikasi mengguna perisian chat atau browser.
  • Mendapatkan maklumat secara memetik tetikus- World Wide Web
Internet menjadi popular bila perkhidmatan baru yang dinamakan 'World Wide Web' diperkenalkan. Jaringan maklumat WWW ini terdiri dari tapak-tapak web yang memaparkan maklumat untuk tuntunan pelungsur web.Di setiap tapak web terdapat sekurangnya satu pelayan web yang tugasnya menyampaikan fail-fail yang diminta oleh pengguna yang mengunakan perisian 'browser'. Kebanyakan browser kini boleh digunakan untuk menghantar mel, nmendapat fail dengan kemudahan ftp dan juga membaca berita dengan arahan news atau nntp. Kini kebanyakan pengguna Internet mengguna browser keluaran Netscape iaitu Netscape Navigator dan browser keluaran Microsoft iaitu Internet Explorer untuk mencari maklumat atau apa saja perkhidmatan di Internet.  Perkhidmatan gopher iaitu mendapatkan maklumat secara tanpa grafik, netfind dan whois untuk mencari individu atau organisasi, serta lain-lain seperti veronica, archie dan juga WAIS sudah menjadi kurang popular. 
Etika dan budaya dalam menggunakan Internet
Masyarakat Internet yang walaupun warganya berada dimerata pelusuk dunia  dan berhubung secara tidak bersemuka mempunyai peradabannya yang tersendiri. Antara lain:
  • pastikan mesej anda berguna dan boleh difahami
  • bila menghantar mesej berikan tajuk untuk menjimat masa mereka yang tidak berkaitan
  • ringkaskan mesej tetapi dengan ayat yang lengkap. 
  • menaip dalam semua huruf besar dikira memekik dan biadab
  • semak apa yang anda tulis
  • cuba bertenang sebelum berkomunikasi supaya tidak menyesal dikemudian hari
  • gunakan pemindahan fail diluar waktu sibuk
  • gunakan smiley bila perlu sahaja contoh: :-) senyum, :-( masam
  • kerana kesuntukan masa terdapat singkatan seperti BTW - by the way, CUL- see you later, IMHO- in my humble opinion, FYI- for your information, OTOH- on the other hand
Keselamatan dan 'privacy' di Internet
Seperti masyarakat lain di dunia sudah tentu ada mereka yang tidak berdisiplin dan samseng yang mana kita perlu berhati-hati. Menghantar e-mail adalah umpama menghantar poskad yang boleh dibaca oleh sesiapa saya yang berupaya. Jika anda ingin menghantar maklumat sulit pastikan anda 'encrypt'kannya. Pastikan hanya anda sahaja tahu katalaluan anda bagi mengelak dari orang lain menggunakan pengenalan anda. 

Monday 13 February 2012

APA ITU CASPER??

MARI KITA TENGOK APA ITU CASPER YER.. :)

salam..sahabat2..nie yg kak Jah dpt dri google mengenai CASPER..Maksud CASPER
tengok nimonik..k

CASPER??? Apa itu CASPER itu sebenarnya. Pada mulanya saya hanya dapat membayangkan cerita kartun yang mengisahkan tentang kehidupan hantu yang bernama Casper. Namun ternyata jangkaan saya itu salah sama sekali. CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition.



Prinsip reka letak CASPER(Principle of Layout CASPER)
merupakan panduan menyusun
media seperti teks, grafik, animasi dan
video pada sesuatu persembahan
yang dapat merangsang perhatian dan
minat penonton. Skrin yang diletakan
dengan media tanpa di rancangan
menyebabkan persembahan yang
kurang menarik. Prinsip reka letak
CASPER berdasarkan singkatan
perkataan CASPER seperti dalam
Rajah 4.2 berikut:

(i) Contrast (Pebezaan yang Ketara)
Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun perisian
perlulah memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang).
Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar
belakang paparan. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan,
kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan
tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.
Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan dengan
perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin
dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan
berdekatan dan grafik kecil dengan besar.

Contrast  boleh dibuat dalam berbagai cara. Antaranya contrast antara
  1. font jenis besar dan jenis kecil
  2. font berlainan muka taip
  3. garis halus dan garis kasar
  4. warna sejuk dan warna hangat
  5. tekstur licin dan tekstur kasar
  6. unsur  mendatar dan unsur menegak
  7. garis berjauhan dan garis berdekatan satu sama lain
  8. grafik kecil dan grafik besar.


Contoh:




(ii) Alignment (Susunan Lurus)
Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka
perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik.
Pembangun perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingin
dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam
prinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item juga
perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap
paparan perisian.



Contoh: 



(iii) Simplicity (Mudah)

Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna
memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu
bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya
dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visual
yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah
difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam
perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian
dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna
dari teks yang panjang lebar.


Contoh:




(iv) Proximity (Berhampiran)

Dalam prinsip proximity item yang digunakan dalam muka perisian
perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat
kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan
pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai
satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen ini
akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.


Contoh :



(v) Emphasis (Penekanan)

Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi
penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara
digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna.
Namun begitu adalah dinasihati supaya pembangun perisian tidak
menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian
pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih
kepada elemen sampingan.


(vi) Repetition (Pengulangan)

Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supaya
pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan
yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan
media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Ini adalah
kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai
kecenderungan yang terhadap media.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton dan pengguna perisisan kursus termasuk:
·        saiz teks dan objek,
·        bentuk teks dan objek,
·        susun atur teks dan objek,
·        warna teks, warna objek dan warna latar,
·        grafik dan animasi.


http://sports.groups.yahoo.com/group/iis_0913/message/73


Monday 6 February 2012

Olahraga.. Lompat tinggi

LOMPAT TINGGI
Lompat Tinggi merupakan satu sukan yang mengunakan ketinggian yang sudah lama bertapak di arena sukan olahraga acara padang. Cara dan teknik lompat tinggi mengalami perubahan daripada gaya lompatan, pusingan dan flop. Lompat tinggi telah dipertandigkan di Sukan Olimpik sebagai acara individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan Heptathlon. Pelompat tinggi sekarang banyak mengunakan teknik Fosbury Flop. Di Malaysia atlet lompat tinggi terbaik ialah Ramjit Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail.

FASA LOMPATAN TINGGI Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu :
 a) Penujuan – larian menghala ke palang
b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan
c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

GAYA LOMPAT TINGGI 
Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

 a) Gaya gunting Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

b) Gaya Timur Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak,kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

c) Gaya guling barat Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat ‘ berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

) Gaya pelana Gaya ini hamper sama dengan gaya fuling barat.Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

e) Gaya Fosbury Flop Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop.Mengiku gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang.

GAYA FOSBURY FLOP
Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk. Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. Berikut ini merupakan fasa-fasa yang terdapat dalam gaya Fosbury Flop.

1) Penujuan Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakn pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu.

2) Lonjakan Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengaklhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakn yang hamper selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan diudara supaya bahu menjadi selari dengan palang. Layangan Semasa di udara, pelompat menoleh kebelakang (memenadang palang) sambil melentikan badan.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai Persediaan untuk pendaratan. Pendaratan Serentak dengan mengankat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagia belakang badannya (tulang belikat)

PERATURAN ASAS ACARA LOMPAT TINGGI
Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali bertutrut-turut (tanpa di ambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandinga Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat menuruskannya lagi mengikut peraturan Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah hingga bahagian tengah disebelah atas padang.
Source:
 http://ms.shvoong.com/books/guidance-self-improvement/1742564-lompat-tinggi/#ixzz1iya7upsE