Pengalaman Pertama Mengenali Internet
Assalammualaikum.. dan salam sejahtera..

Selepas menaip beberapa baris ayat, seingat saya..saya ditugaskan untuk mencari gambar untuk diselitkan sekali dalam karangan yang diberikan itu tadi. Masa itu semua masing2 tercenggang- cenggang.. Yelah nak cari kat mana pun tak tahu.. Cikgu pun memberitahu kelas supaya mencari gambar-gambar yang berkaitan di dalam internet. Kalau semua nak tahu internet pertama sekali yang pernah saya kunjung ialah internet Explorer.
Hmm… dah dapat buka dekat internet explorer tunggu apa lagi..kita orang semua taip jelah nak cari gambar apa.. pastu klik.. tiba2 naik jer yang x berkenaan. maklum la tak berapa pandai lagi masa tu.. hihi.. tetapi itu dulu.. sekarang internet amat berfungsi buat saya. Hal ini kerana sumber daripada internet yang dapat membantu saya dalam menyelesaikan tugasan - tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Sebagai contohnya mencari sumber rujukan dan sebagainya. Selain itu dari internet juga dapat mengajar saya dalam mencari sumber rujukan dengan senang, cepat dan mudah. Disamping itu juga, internet juga dapat membantu saya daripada tidak terus ketinggalan dalam arus kemodenan dan lagi berteknologi tinggi. Hal ini kerana, melalui internet juga saya dapat menggunakannya dalam berhubung dengan rakan – rakan melalui facebook, yahoo messenger dan sebagainya. Dari sini dapat saya nyatakan bermain dengan internet terdapat kelebihan serta kekurangannya..namun sekiranya jika kita pandai memanfaatkan teknologi ini dengan sebaiknya..insyaAllah benda ini mendatangkan faedah kepada kita juga. J
No comments:
Post a Comment