Monday 30 January 2012

Pengenalan Internet

Komputer-komputer dalam Internet ini berhubung antara satu sama lain menggunakan satu bahasa piawai atau protokol yang dinamakan TCP/IP (singkatan dari 'Transmission Control  Protocol/Internetworking Protocol'). Ia merupa satu persetujuan cara pesanan atau maklumat dihantar dan diterima supaya semua dapat memahaminya dengan pengertian yang sama.Setiap komputer dalam Internet mempunyai alamat masing-masing yang unik yang dinamakan alamat IP. Rangkaian JARING di Malaysia mempunyai alamat bermula dengan 161,142.*.*  dalam bentuk w.x.y.z dimana setiapnya nombor tertinggi adalah 255. Alamat pelayan mel kita ialah 161.142.76.3 yang mana hanya satu sahaja komputer dari berjuta yang mempunyai alamat demikian. Walaupun komputer berkomunikasi menggunakan alamat ini, ia adalah agak sukar untuk diingati oleh manusia. Lagi pun alamat ini bergantung kepada rangkaian fizikal komputer dan berkemungkinan akan berubah. Contohnya dulu pelayan mel kita pada alamat 161.142.76.1. Satu lagi jenis alamat yang lebih popular adalah alamat nama domain. Nama Domain Berkelayakan Penuh  (atau 'Fully qualified domain name FQDN') untuk pelayan mel di USMKCK adalah kb.usm.my, juga merupakan nama unik seantaro dunia. Nama domain my adalah dikhaskan untuk Malaysia dan dikendalikan oleh MIMOS, sementara USM dikhaskan untuk USM oleh MIMOS. Komputer-komputer dalam rangkain dihubungkan menggunakan 'router', 'bridge', 'hub', 'modem' dan beberapa lagi perkakasan rangkaian. Router pada  masa ini merupakan perkakasan terpenting yang mengetahui alamat-alamat IP rangkaian dan menghantar mesej-mesej ke rangkaian yang betul walaupun terpaksa melalui berpuluh router lain. 


Didalam Internet anda pasti boleh mendapatkan sekurang-kurangnya satu kumpulan yang anda dapat berkongsi maklumat atau minat.Terdapat ribuan kumpulan berita dimana pelanggannya berhubung. Disini anda boleh mengeluarkan pendapat anda berkaitan apa saja. Sebahagian dari kecil dari kumpulan ini beritanya ditapis oleh pentadbirnya. Setiap kumpulan selalunya mempunyai FAQ ('Frequently Asked Question') yang ditadbir oleh ahli kumpulan supaya menjadi bimbingan kepada ahli baru semoga tidak bertanya soalan yang sudah sering disoal dan sudah pun berjawab. Maklumat atau soalan ini dikongsi bersama dengan cara setiap pelayan mempunyai pelayan sumber yang menghantarkan maklumat kepadanya dan ia pula akan menghantar maklumat itu kebeberapa pelayan lain berlanggan dengannaya. Anda membaca berita menggunakan pembaca berita. Mesej ini disusun dimana anda dapat melihat aturannya iaitu mesej mana menjawab mesej yang mana iaitu 'threaded'. Anda boleh memilih untuk menghantar mesej kepada kumpulan berita atau  secara peribadi kepada penulis mesej. Perkhidmatan ini sama seperti kita menulis kepada satu ruangan "letters to editor" yang tidak bertapis dan semua yang berminat dalam kolum itu boleh membacanya. Cara menghantar mesej adalah serupa dengan menghantar e-mel dan boleh menggunakan perisian yang sama. Kebanyakan tempat mempunyai kumpulan diskusi tempatan yang mana mesej dari kumpulan itu tidak dihantar keluar. USMKCK juga mempunyai pelayan kumpulan berita pada alamat news.kck.usmnet atau 10.5.10.10. Anda boleh menggunakan perisian Netscape dan mencatitkan alamat ini semasa membuat konfigurasi pelayan berita. 








Kelebihan 


1. Maklumat 


Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya. 


2. Alat komunikasi 



Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing….hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. 


3. Jimatkan Kos dan Masa 



Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu lagi travel ke merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa. 


4. Berita Terkini 



Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia. 



5. Pengiklanan 


Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan. 


6. Hiburan 


Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan games yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya. 


7. Pendidikan Secara Atas Talian 


Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di perolehi secara atas talian. 


8. Servis Perkhidmatan 


Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa. 


Keburukan 

1. Ketidaktepatan maklumat 


Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut. 


2. Virus/Malware/Worm/Trojan 


Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer malah akan menganggu performance komputer dan juga network. 


3. Bahan-bahan yang tidak bermoral 


Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak mereka.


4. Isu Keselamatan 


Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam server2 yang menyimpan data-data kita? Server-server yang mudah di hack oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server, network harus lah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 


5. Pembaziran masa 


Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka. 


Rujukan : http://alyadina.blogspot.com/2010/08/kebaikan-dan-keburukan-internet.html





No comments:

Post a Comment